awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga ditipu scammer menyamar sebagai adik ipar

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2021
01:29 MYT
Peniaga ditipu scammer menyamar sebagai adik ipar
Lelaki itu memberitahu bahawa dia ada membuat pinjaman dengan ah long tetapi dia tidak mampu membayarnya.
JEMPOL: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian sebanyak RM1,500 akibat terperdaya dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai adik iparnya dalam kejadian di Rumah Rakyat Rompin dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berada di rumah menerima satu panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali iaitu 011-12284996 dan memperkenalkan diri sebagai Shauqi iaitu adik iparnya.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia ada membuat pinjaman dengan ah long tetapi dia tidak mampu membayarnya.
"Lelaki itu kemudian meminta bantuan pengadu untuk meminjam duit sebanyak RM1,500.
"Sebelum itu, mangsa cuba menghubungi Shauqi di nombor telefon bimbit asal tetapi tidak berjawab. Dia kemudian menghubungi Shauqi di talian 011-12284996 untuk bertanya mengenai wang yang mahu dipinjamnya.
"Mangsa kemudian memindahkan wang sebanyak RM1,500 menerusi perbankan internet Hong Leong Bank ke dalam akaun Maybank bernombor 160149233171 atas nama Elah Ansip Pinjaman Kredit Komuniti Amlesea," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, selepas mangsa memindahkan wang tersebut, dia menerima mesej daripada Shauqi melalui nombor talian sebenar yang menafikan pernah berhubung dengannya untuk meminjam wang.
Berikutan itu, katanya, mangsa membuat laporan polis kerana mengesyaki telah ditipu.
"Siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang penuntut lelaki berusia 22 tahun dari Kampung Kuala Jempol di sini mengalami kerugian sebanyak RM 3,132 akibat terperdaya dengan pelaburan Turing AI.
Menurut Chang Hook, pelaburan itu berkaitan dengan mata wang kripto antaranya membabitkan TRX, ETH, Tadano, FIL, Litecoin, DOT dan EOS.
Beliau berkata, pengadu memperoleh maklumat berkaitan pelaburan Turing AI itu daripada kawannya yang belajar di sebuah universiti awam dan mula menyertainya sejak 2 Ogos lalu.
"Mangsa memaklumkan bahawa dia akan memperoleh pulangan bagi pelaburan yang dibuat sebanyak RM6,264 pada 10 Disember ini.
"Namun masalah mula timbul pada 18 Oktober apabila laman sesawang pelaburan itu tidak lagi dapat berfungsi dan aplikasi Turing AI juga tidak dapat digunakan.
"Sehingga kini pengadu masih tidak pernah menerima keuntungan dalam pelaburan yang telah disertainya selama ini," ujarnya.
Tambah beliau, semakan pada sistem CCIS mendapati terdapat laporan berkaitan pelaburan itu.
"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#rugi
#panggilan
#Hoo Chang Hook
#Ah Long
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan