awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga Jalan Masjid India berhasrat bincang dengan kerajaan isu keselamatan

Bernama
Bernama
30/08/2024
14:10 MYT
Peniaga Jalan Masjid India berhasrat bincang dengan kerajaan isu keselamatan
P Prabakaran berkata bukan hanya kehilangan pendapatan sehingga 70 peratus sejak insiden itu pada 23 Ogos lepas, tetapi para peniaga di sini juga bimbang keselamatan diri dan keluarga. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persatuan peniaga di Jalan Masjid India, di sini berhasrat bertemu dengan agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu keselamatan dan masa depan perniagaan mereka susulan insiden tanah jerlus baru-baru ini.
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata bukan hanya kehilangan pendapatan sehingga 70 peratus sejak insiden itu pada 23 Ogos lepas, tetapi para peniaga di sini juga bimbang keselamatan diri dan keluarga.
"Mereka bangkitkan perlu ada perbincangan khas dengan agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Indah Water Konsortium (IWK) dan Pejabat Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan isu ini.
"Mereka bimbang dan berasa perlu ada satu libat urus supaya boleh mencari satu penyelesaian kekal bagi perkara ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil persatuan peniaga yang mewakili lebih 150 peniaga di Jalan Masjid India hari ini.
Prabakaran turut menyatakan hasrat beliau selaku Ahli Parlimen untuk melakukan lebih banyak libat urus dengan peniaga dan mengangkat cadangan mereka kepada pihak bertanggungjawab.
Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#DBKL
#persatuan peniaga
#Jalan Masjid India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan