awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov

Bernama
Bernama
27/10/2024
04:30 MYT
Peniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov
Pada 12 dan 13 Okt lalu, pemantauan dan kawalan khemah biru yang dipasang tanpa kehadiran penyewa di Pantai Teluk Kemang dijalankan anggota penguat kuasa MPPD. - Foto MPPD
PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mengarahkan semua peniaga khemah biru di pantai Port Dickson menghentikan aktiviti perniagaan sewaan khemah mulai 18 Nov ini.
Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid berkata notis arahan menghentikan perniagaan berkenaan melibatkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.
Beliau berkata ia sebagai langkah persediaan bagi menambah baik perniagaan khemah di pusat peranginan berkenaan.
"Pengusaha khemah juga dikehendaki melakukan pembersihan termasuk mengalihkan semua peralatan seperti khemah, meja, kerusi, payung, struktur atau binaan tempat simpanan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata mereka dilarang untuk memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti dan jika tidak dipatuhi tindakan akan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini dilaporkan berkata isu berkaitan kawasan Pantai Telok Kemang itu menimbulkan rungutan dalam kalangan pengunjung dan akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata proses perbincangan dijalankan bersama peniaga sewaan khemah terbabit bagi mencari kaedah penyelesaian termasuk berkemungkinan konsep baharu khemah akan digunakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#khemah biru
#Port Dickson
#MPPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan