awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga mengaku tidak bersalah perdagang lima warga Indonesia

Bernama
Bernama
17/01/2023
09:48 MYT
Peniaga mengaku tidak bersalah perdagang lima warga Indonesia
Ng Eng Lee, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Pusat Perniagaan Seri Juru dan sebuah rumah di Taman Seri Juru, Bukit Mertajam antara 2 pagi hingga 3.05 petang 22 Dis 2022. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan memperdagang empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 30 hingga 40 tahun pada Disember tahun lepas.
Ng Eng Lee, 36, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Pusat Perniagaan Seri Juru dan sebuah rumah di Taman Seri Juru, Bukit Mertajam antara 2 pagi hingga 3.05 petang 22 Dis 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun tidak menawarkan sebarang jaminan manakala peguam Benjamin Tan Yi Bin memohon agar Ng dibenar diikat jamin atas alasan tiada risiko tertuduh melarikan diri dan telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.
Hakim Noor Aini Yusof membenarkan Ng diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebelum menetapkan 21 Feb depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#perdagang warga Indonesia
#Ng Eng Lee
#Pusat Perniagaan Seri Juru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan