awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga 'nat' dinasihatkan utama kebersihan - MB Perlis

Bernama
Bernama
17/03/2023
21:31 MYT
Peniaga 'nat' dinasihatkan utama kebersihan - MB Perlis
Mohd Shukri (tiga, kiri) merasmikan Kempen Nat Bebas Sampah Negeri Perlis di Kangar pada Jumaat. - Facebook Menteri Besar Perlis
KANGAR: Peniaga pasar pagi atau "nat" diminta agar mengutamakan kebersihan di tempat berniaga kerana kawasan itu antara lokasi popular yang menjadi tumpuan pelancong dan masyarakat tempatan mendapatkan barangan keperluan harian.
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata menerusi Kempen Nat Bebas Sampah yang diadakan, peniaga khususnya perlu meningkatkan aspek kebersihan ketika dan selepas operasi perniagaan kerana persekitaran yang bersih akan menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka.
"Kempen Nat Bebas Sampah diadakan selaras dengan matlamat di bawah Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025)...kerajaan negeri juga merancang untuk memperluas promosi dan kempen ini kepada semua pasar malam dan pasar tani di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika program "Walkabout" Menteri Besar Perlis ke Nat Behor Lateh sempena Kempen Nat Bebas Sampah Negeri Perlis di sini pada Jumaat.
Mohd Shukri berkata sekiranya aspek kebersihan dipertingkatkan, kawasan perniagaan seperti nat dan kedai makan mampu menjadi tarikan pelancongan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
"Usaha ini tidak seharusnya diletakkan pada bahu kerajaan dan agensi sahaja, sebaliknya tanggungjawab itu perlu dipikul semua pihak termasuk peniaga," katanya.
Beliau berkata kempen itu turut mempromosikan amalan kitar semula yang boleh dilakukan peniaga untuk menguruskan sisa perniagaan dengan lebih baik dan teratur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar pagi
#pekan nat
#Mohd Shukri Ramli
#kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan