awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga tempatan perlu ubah strategi perniagaan waktu PKP - Usahawan muda

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/04/2020
07:53 MYT
Peniaga tempatan perlu ubah strategi perniagaan waktu PKP - Usahawan muda
Radzi Tajuddin menegaskan, usahawan digital tempatan perlu menukar strategi perniagaan jika mahu terus bertahan sepanjang PKP.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki minggu kelima bagi mengekang wabak COVID-19 di negara ini tentukan memberi kesan kepada semua pihak terutamanya peniaga yang tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Hi Home dot Asia, Radzi Tajuddin memberitahu, meskipun berdepan dengan krisis pandemik yang sukar, peniaga perlu bijak memanfaatkan tempoh PKP ini dengan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus meraih pendapatan dalam bentuk lebih kreatif.
Katanya, adalah tidak mustahil kepada mana-mana syarikat kreatif yang melihat ia sebagai peluang untuk membina bisnes model baharu dengan memasarkan perniagaan mereka secara dalam talian.
"Ramai usahawan mula melihat segmen berkenaan sebagai masa depan kepada dunia perniagaan.
Radzi Tajuddin kini menginovasikan dirinya dalam perniagaan nyah cemar selari dengan permintaan semasa.
"Ia terbukti berjaya melalui kewujudan gedung-gedung maya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan secara dalam talian seperti syarikat perniagaan gergasi China, Alibaba," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Radzi menegaskan, usahawan digital tempatan perlu menukar strategi perniagaan jika mahu terus bertahan sepanjang PKP.
Usahawan muda itu menambah, mereka boleh menjadi pemain baharu dalam situasi terbaharu ini.
Misalnya kata Radzi, beliau yang merupakan usahawan hartanah kini menginovasikan diri dalam perniagaan nyah cemar selari dengan permintaan semasa.
Perkhidmatan itu katanya, dilakukan di kediaman dan premis kediaman.
"Buat masa ini kita ada dua pilihan. Pertama kita berdiam diri, berpeluk tubuh dan mengharapkan bantuan kerajaan atau keduanya kita perlu keluar daripada zon selesa dan fikir apa yang perlu dilakukan untuk mendatangkan pendapatan bagi menyelamatkan syarikat kita," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#COVID-19
#Hartabumi
#kerajaan
#koronavirus
#peniaga
#Radzi Tajuddin
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan