awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga trak makanan lega dibenarkan beroperasi dalam normal baharu

Fareez Azman
Fareez Azman
08/06/2020
00:30 MYT
Peniaga trak makanan lega dibenarkan beroperasi dalam normal baharu
Pengumuman terbaru itu satu kelegaan buat peniaga food truck yang menghadapi kerugian sejak 18 Mac lalu. - Gambar fail
Selepas tiga bulan 'bercuti', perniagaan trak makanan (food truck) bakal kembali aktif mulai 10 Jun ini susulan kebenaran beroperasi sepertimana diumumkan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad.
Bagi Presiden Persatuan Food Truck Malaysia, Datuk Dr Zaini Taha, pengumuman itu satu kelegaan buat peniaga berkenaan yang berdepan dengan risiko kerugian sejak 18 Mac lalu.
"Alhamdulilah, saya melahirkan rasa syukur dan terima kasih Perdana Menteri memberi peluang kepada peniaga food truck.
"Selain itu, peniaga jalanan seperti peniaga pisang goreng, nasi lemak dan burger dibenarkan melakukan aktiviti perniagaan bukan komersial.
"Terima kasih semua kerana memberi kebenaran beri peluang kepada peniaga kita menjalankan perniagaan seperti biasa.
"Peniaga bersetuju mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau juga berharap detik sukar yang dihadapi peniaga trak makanan sejak tiga bulan lalu kembali pulih dengan berita gembira itu.
"Peniaga food truck selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka (peniaga) jalankan perniagaan tidak seperti yang dijangkakan.
"Perniagaan mereka terhenti, ada dalam kalangan mereka berniaga ikan, sayur dan ada yang terpaksa bantu isteri berniaga di gerai-gerai.
"Kebenaran diberikan ini melahirkan rasa gembira kerana mereka dapat menjalankan ativiti seperti biasa," kata Zaini.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Zaini Taha
#Food truck
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#normal baharu
#Pekerja
#pengusaha
#Perdana Menteri
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#perniagaan
#Persatuan Food Truck Malaysia
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan