Kes pembakaran terbuka didapati meningkat kepada 3,997 pada Rabu berbanding 3,977 pada Isnin. Ia sekali gus mencatat penambahan 20 kes pembakaran terbuka dalam dua hari.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 1,281 kes pembakaran terbuka dikesan di kawasan pertanian, 928 kes di kawasan belukar dan 843 kes di kawasan hutan.
Sementara 117 kes lagi di kawasan pembinaan, 69 kes di tapak pelupusan sampah, 31 kes di kawasan industri manakala 728 kes yang lain membabitkan pembakaran terbuka kecil.
"Bagi tempoh yang sama, sebanyak 293 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun dan 91 kes telah dikeluarkan notis amaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu katanya, 43 kertas siasatan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka telah dibuka bagi tindakan pendakwaan di mahkamah.
Jelas G.Palanivel, dalam keadaan cuaca berjerebu yang tidak menentu, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terus diambil ke atas mana-mana individu yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Dalam pada itu, bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA)-18 di beberapa lokasi dalam negara menurun kepada enam, hari ini berbanding 17 pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, empat titik panas telah dikesan di Sarawak, manakala dua di Sabah.
Astro Awani
Wed Jul 02 2014
Peningkatan 20 kes pembakaran terbuka dalam dua hari - Gambar fail
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Derma, sumbangan untuk MIC semasa 2013 diperakui - Naib Presiden MIC
Bekas Bendahari Agung MIC itu berkata semua derma dan sumbangan yang parti itu terima pada 2013 diperakui sepenuhnya.
MIC kembali dapat sokongan daripada generasi muda, kata P Kamalanathan
MIC kini perlahan-lahan kembali mendapat sokongan daripada masyarakat India dengan pembabitan generasi mudanya terutama golongan profesional.
Anggota Parlimen Rompin dipilih sebagai Pengerusi PAC
Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Pemilihan Presiden MIC 6 Sept, penamaan calon 21 Ogos
Jawatankuasa Kerja Pusat Sementara MIC 2009, yang memihak kepada pemangku presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam, menetapkan 6 Sept sebagai tarikh untuk mengadakan pemilihan presiden parti itu.
Pemimpin veteran diminta tampil selamatkan MIC
Bagi mengelak MIC lemas lebih teruk di lautan masalah yang sedang dialaminya, para pemimpin veteran parti itu perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi meredakan krisis kepimpinan.
Krisis MIC: 'Tiada siapa bercakap dengan Dr Subramaniam' - Palanivel
Presiden MIC DatuK Seri G Palanivel hari ini berkata beliau akan bejumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan satu mekanisme pemilihan parti yang baru.
Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.
Pemuda desak Palanivel muhasabah diri
Pemuda UMNO mendesak Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bermuhasabah diri dan melihat kelemahan yang ada bagi menyelesaikan kemelut parti itu.
MIC tolak hudud - Palanivel
MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Presiden MIC jelajah seluruh negara temui anggota akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang menemui pengerusi cawangan parti seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti.