KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran di Facebook beliau berkata bayaran maksimum STR bagi isi rumah pada tahun ini ditingkatkan lebih 66 peratus kepada RM500, berbanding RM300 tahun lepas, dengan bayaran bagi Fasa 1 STR 2024 kepada 8.2 juta penerima akan disalurkan bermula hari ini.
Katanya beliau akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.
"Kerajaan Madani beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi Madani.
"Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini," katanya.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.
Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Anwar mengakui bahawa kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. - Gambar fail
Budak 5 tahun nodai adik kembar akibat ketagih seks
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.