awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan signifikan kes AGE di Labuan, tiada kluster dikesan

Bernama
Bernama
28/06/2024
20:45 MYT
Peningkatan signifikan kes AGE di Labuan, tiada kluster dikesan
AGE dicirikan oleh serangan cirit-birit dan/atau muntah secara tiba-tiba, biasanya ditakrifkan sebagai mengalami tiga kali atau lebih serangan tersebut. - Gambar hiasan
LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan melaporkan peningkatan ketara kes Gastroenteritis Akut (AGE) dengan 96 kes tahun ini berbanding 37 kes dalam tempoh yang sama pada 2023, iaitu peningkatan 159.5 peratus.
Pengarah berkenaan Dr Francis Paul berkata walaupun terdapat peningkatan mendadak ini, tiada kelompok AGE atau wabak keracunan makanan dikesan sehingga minggu Epidemiologi ke-25.
Beliau berkata AGE dicirikan oleh serangan cirit-birit dan/atau muntah secara tiba-tiba, biasanya ditakrifkan sebagai mengalami tiga kali atau lebih serangan tersebut.
"Kejadian ini biasanya berpunca daripada pengambilan air yang tercemar.
"Pemantauan mingguan yang dijalankan oleh Unit Kawalan Kualiti Air Minum (KMAM) Jabatan Kesihatan Labuan mendapati tiada pelanggaran piawaian kualiti air minuman di Labuan," katanya kepada Bernama semalam.
Menurut beliau, jabatan itu sedang giat memantau AGE dan penyakit berkaitan yang dilaporkan oleh semua tempat penjagaan kesihatan.
Memandangkan peningkatan itu, Dr Francis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengelak penularan penyakit itu.
Beliau mengesyorkan supaya minum air bersih, botol atau air masak sahaja; mengekalkan kebersihan diri dan persekitaran; mengelakkan kolam renang awam jika kanak-kanak mengalami cirit-birit; menjaga kanak-kanak yang mengalami cirit-birit di rumah dan tidak membawa ke sekolah atau ke pusat penjagaan kanak-kanak serta segera mendapatkan rawatan perubatan jika gejala timbul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#age
#Gastroenteritis Akut
#Jabatan Kesihatan Labuan
#Dr Francis Paul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan