awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan skor CPI bukti keberkesanan usaha kolektif semua pihak - SPRM

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2014
14:04 MYT
Peningkatan skor CPI bukti keberkesanan usaha kolektif semua pihak - SPRM
SPRM dan kerajaan juga akan mengambil banyak lagi pendekatan untuk menangani isu rasuah di negara ini dengan berkesan dan bagi membolehkan indeks persepsi terus bertambah baik pada tahun tahun akan datang.
Kedudukan negara di tangga ke 50 tahun ini di dalam Laporan Transparency International adalah hasil usaha kolektif rakyat pelbagai lapisan termasuk keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Dalam satu kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pencapaian negara dengan 52 mata itu dilihat pengingkatan positif kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini.
"Laporan Transparency International menunjukkan Malaysia mencatatkan 52 mata dan diletakkan di kedudukan 50 tahun ini iaitu kemajuan dua mata berbanding tahun lalu.
"SPRM mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan," kata kenyataan itu.
Justeru jelas kenyataan itu lagi, SPRM berharap rakyat akan terus memberi sokongan dan kerjasama padu bagi memerangi rasuah habis-habisan.
"Jenayah rasuah tidak boleh diperangi oleh SPRM ataupun kerajaan semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan sokongan semua pihak untuk mewujudkan persekitaran bebas rasuah.
"SPRM berharap setiap anggota masyarakat akan memperlihatkan komitmen padu dengan memberi sokongan ke atas usaha memerangi rasuah," ujar kenyataan itu.
Dalam pada itu, SPRM dan kerajaan juga akan mengambil banyak lagi pendekatan untuk menangani isu rasuah di negara ini dengan berkesan dan bagi membolehkan indeks persepsi terus bertambah baik pada tahun tahun akan datang.
Topic Berkaitan
#CPI
#gtp
#indeks
#Malaysia
#Rasuah
#SPRM
#transparency
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan