SHAH ALAM:Polis Selangor menahan 14 individu terlibat dalam kes penipuan pinjaman wang tidak wujud (PTW) dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Dengan penahahan mereka, polis berjaya menyelesaikan 31 kes PTW di sekitar Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, dalam tempoh yang sama sebanyak 51 kes penipuan pinjaman wang tidak wujud (PTW) melibatkan kerugian lebih RM617,000 dilaporkan.
Jumlah tersebut katanya, menyaksikan peningkatan sebanyak 24.4 peratus kes manakala kerugian 12.8 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.
"Pada tahun lalu, hanya 41 kes dilaporkan dengan nilai kerugian hampir RM550,000 bagi tempoh terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Muhammad Yazid menjelaskan, kumpulan itu menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp sebagai modus operandi untuk menawarkan pinjaman dengan faedah yang kompetitif berbanding institusi kewangan yang lain.
Beliau memberitahu, sindiket tersebut kemudian akan mengarahkan mangsa untuk membuat sejumlah wang sebagai bayaran pemprosesan.
"Mangsa hanya menyedari dirinya tertipu selepas suspek gagal dihubungi selepas pembayaran itu dilakukan," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Muhammad Yazid menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan urusan pinjaman wang terutamanya dalam talian.
"Orang ramai perlu membuat semakan dengan insitusi-institusi kewangan berdaftar yang menawarkan pakej pinjaman bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan.
Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun bank scammer melalui laman web https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
Umavathi Ramayah
Wed Jan 27 2021

Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, dengan penahanan 14 individu, polis berjaya menyelesaikan 31 kes PTW di sekitar Selangor. - Gambar hiasan

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Remaja mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen, secara berbahaya mengakibatkan kematian
Tertuduh yang juga pelajar didakwa memandu MPV milik bapanya secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut.

Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.

HL Asset Management | Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Hong Leong Islamic Asset Management Berhad (HLISM) merangkul 14 daripada 20 anugerah yang dimenangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.

Scammer dikesan guna nama Ketua Polis Terengganu
Polis Terengganu mengesan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama ketua polis negeri itu bagi tujuan penipuan.

Hati-hati, sindiket pinjam wang menyamar dalam Telegram di negeri Kedah
Modus operandi terbaharu sindiket berkenaan dikesan kerap digunakan sejak awal tahun di negeri Kedah.

1,499 pemilik akaun keldai, 'scammer' ditahan
Sepanjang tahun 2021 pihaknya menerima sebanyak 9,574 aduan berkaitan penipuan menerusi platform e-dagang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM74.08 juta di seluruh negara.

Cemas dapat panggilan 'Ani', RM1.19 juta duit pesara kerajaan sudahnya lesap
Seorang wanita pesara kerajaan kerugian simpanan berjumlah RM1.19 juta, akibat ditipu satu sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Rakyat dinasihat jangan terpedaya taktik scammer menjelang pengeluaran khas KWSP - Timbalan KPN
Walaupun pelbagai ingatan dan kempen sudah dilakukan PDRM, namun, masih ada yang terpedaya dengan taktik scammer.

Lebih 98,000 kes penipuan dalam talian direkodkan dari 2017-2021, libatkan kerugian RM3.3 bilion
Sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga tahun lepas.

Bank diminta pertingkat sistem keselamatan perbankan internet
Peningkatan kes turut berpunca daripada betapa mudahnya pihak scammer atau penipu membuka akaun individu untuk dijadikan keldai akaun.

Waspada scammer berleluasa, umat Islam perlu peka, jangan mudah terpedaya
Urus niaga berunsur penipuan atau dikenali dengan istilah 'scammer' merupakan jenayah kolar putih bentuk baharu yang semakin berleluasa.

'Scammer' ambil kesempatan, jerat mangsa melalui pakej pelancongan murah ke Langkawi
Sindiket penipuan itu aktif membuat pengiklanan mengenai pakej percutian yang tidak wujud, di laman sosial Facebook.

Pekerja swasta rugi RM32,400 ditipu individu menyamar pegawai LHDN, polis
Mangsa terima panggilan telefon daripada individu yang menyamar pegawai 'LHDN' memaklumkan mangsa ada tunggakan cukai RM17,600.