awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan pakej pelancongan Korea Selatan: PDRM terima 24 laporan

Intan Shanim Sulaiman
Intan Shanim Sulaiman
19/12/2024
07:49 MYT
Penipuan pakej pelancongan Korea Selatan: PDRM terima 24 laporan
Ramli berkata PDRM sahkan menerima 24 laporan polis berkaitan isu penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima 24 laporan polis berkaitan isu penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan dengan nilai kerugian hampir mencecah RM460,000 di sini, pada Khamis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes itu tular di media sosial apabila seorang pempengaruh didakwa melakukan penipuan pakej pelancongan itu.
“Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mangsa yang terlibat diminta untuk segera tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran supaya siasatan sewajarnya dapat dijalankan.
"Sebahagian kes dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (AKTA 559),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mengingatkan orang ramai yang berhasrat melancong ke luar negara untuk melayari portal rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menyemak agensi berdaftar yang menawarkan pakej pelancongan berkaitan.
“Langkah mudah ini penting bagi mengelakkan individu daripada menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat tidak berdaftar,” katanya lagi
Topic Berkaitan
#pakej pelancongan
#Korea Selatan
#Polis Diraja Malaysia
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan