KUALA LUMPUR: Lelaki lebih ramai menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian berbanding wanita, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima tahun lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.
"Seramai 7,527 mangsa pula adalah perempuan, semua mangsa yang terlibat berusia antara 21 dan 30 tahun," katanya ketika menjawab usul Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan (scam) di Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.
Jonathan berkata bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita.
Beliau berkata bagi kes itu, kajian mendapati mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan.
Jonathan berkata sepanjang 2017 sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 75,086 kes penipuan dilapor melibatkan pelbagai modus operandi (MO).
"Antaranya seperti Belian Dalam Talian, Pinjaman Tidak Wujud, Pelaburan, African Scam, Macau Scam dan Business E-mail Compromise (BEC).
"Sebanyak 34,281 tangkapan dibuat dengan 19,061 kes dituduh di mahkamah dengan anggaran kerugian melebihi RM2.4 bilion," katanya.
Jonathan berkata, antara faktor mangsa tertipu ialah penyamaran panggilan dari pihak berkuasa, terpedaya dengan tawaran atau peluang pelaburan dan ketidakpekaan kepada isu-isu semasa.
Mangsa juga tidak melaksanakan due-diligence atau semakan terhadap panggilan yang diterima selain scammer menggunakan pelbagai teknik melalui teknologi tanpa sempadan untuk memperdaya mangsa dengan cara yang amat menyakinkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita. - Gambar hiasan
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Pengusaha kraf Johor perlu kreatif pasar produk dalam talian - Exco
Pengusaha mempunyai peluang untuk memajukan perniagaan mereka menerusi pembelian dalam talian yang kini menjadi pilihan ramai seiring teknologi.
Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi
Ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.
Penduduk Langkawi nikmati potongan harga tiket melalui pembelian dalam talian
Penduduk Langkawi dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas akan menikmati kemudahan potongan harga istimewa.
Isu penipuan pembelian dalam talian, rumah terbengkalai tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dua soalan berkaitan penipuan pembelian dalam talian tersenarai antara 10 soalan utama pada sesi soal jawab hari ini.
Penipuan pembelian dalam talian: Lelaki lebih ramai jadi mangsa
Bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.
Penjawat awam rugi RM31,000 ditipu pembelian dron dalam talian
Bayaran dibuat ke lima akaun individu berlainan melalui 10 transaksi dan mangsa diyakinkan suspek bahawa wang tersebut akan dikembalikan.
TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.
Inisiatif PAKEJ pastikan perkhidmatan kurier lebih cekap - MCMC
Masa tidak lagi dibuang untuk perkhidmatan penghantaran perlu melalui proses penghantaran hingga ke tangan penerima.
#DiariLockdown: 'Beli secara online mahal, lebih puas hati keluar ke kedai' - Pengguna
Sepanjang tempoh PKP ini, masih ada yang selesa keluar ke kedai membeli barang keperluan berbanding membeli-belah secara atas talian.
Mangsa keracunan puding buih meninggal dunia
Selepas sepuluh hari bertarung nyawa, seorang wanita yang dipercayai mangsa keracunan akibat puding buih yang dibeli secara dalam talian meninggal dunia, pagi Rabu.