awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga parkir mengaku tidak bersalah pukul dan ugut isteri

Bernama
Bernama
23/08/2016
09:30 MYT
Penjaga parkir mengaku tidak bersalah pukul dan ugut isteri
Bapa kepada dua anak itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap isterinya di sebuah rumah di PPR Raya Permai. - Gambar hiasan
Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan cedera dan melakukan kekerasan jenayah terhadap isterinya, tiga hari lepas.
S.Pugalanthy, 33, bapa dua anak, dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu terhadap isterinya M. Lalitha, 32, di sebuah rumah di PPR Raya Permai, Jalan Sungai Besi, Cheras, di sini pada 6 pagi, 20 Ogos lepas.
Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM2,500 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Sept untuk sebutan semula kes.
Tertuduh tidak membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zuraimi Kamarozzaman.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#penjaga parkir
#PPR Raya Permai
#S.Pugalanthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan