awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PENJANA: Pengerusi Eksekutif, pengurus syarikat antara empat ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2023
14:07 MYT
PENJANA: Pengerusi Eksekutif, pengurus syarikat antara empat ditahan SPRM
SPRM menahan empat individu daripada dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja palsu di bawah Penjana 2.0.
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu daripada dua syarikat berbeza kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM250,000 kepada PERKESO di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0) sedangkan penama tersebut bukan pekerja syarikat terbabit.
Menurut sumber, keempat-empat suspek iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia antara 29 hingga 63 tahun itu dipercayai ditahan kira-kira jam 3 petang Isnin di Kompleks SPRM Terengganu ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.
Sumber berkata, tiga suspek merupakan dua pengurus syarikat dan seorang pengerusi eksekutif berusia 63 tahun adalah daripada syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran manakala seorang lagi suspek lelaki berusia 29 tahun adalah pemilik syarikat komputer.
“Syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM170,000 pada tahun 2020 hingga tahun 2021 manakala syarikat komputer itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM85,000 pada tahun 2021 hingga 2022,” kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Sesyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa bagi tujuan permohonan reman.
Topic Berkaitan
#Penjana 2 0
#SPRM
#pemalsuan dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan