awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
26/11/2023
04:20 MYT
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Muhammad Sanusi berkata, peruntukan bagi bantuan berkenaan adalah berjumlah RM10.8 juta, dan pembayarannya akan dibuat bermula Disember 2023 sehingga Mac 2024. - Gambar/ SUK Kedah
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Kedah 2024 di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Menurut beliau, peruntukan bagi bantuan berkenaan adalah berjumlah RM10.8 juta, dan pembayarannya akan dibuat bermula Disember 2023 sehingga Mac 2024.
Tambahnya, bantuan itu juga adalah bagi menghargai dedikasi serta komitmen tidak berbelah bagi kakitangan awam dan pentadbiran negeri dalam menyokong dan melaksanakan setiap dasar, program dan projek yang dirancang demi mensejahterakan negeri Jelapang Padi itu.
Muhammad Sanusi turut mengumumkan Bantuan Khas secara sekali beri akan diberikan kepada imam lantikan Negeri, Pengerusi Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) pada Mac 2024 sebagai bantuan Hari Raya, di mana kadar bantuan itu akan ditentukan kelak.
"(Bantuan ini melibatkan) 5,600 penjawat awam (di Kedah) dan kita (juga ada) peruntukan untuk imam, MKK, Ketua Kampung, (selain) guru KAFA (juga) ada tetapi kita tidak akan bayar (kepada mereka) yang bertindih dengan (bantuan peringkat) Persekutuan,
"Kalau (Kerajaan) Persekutuan bagi, kita tidak bagi, kalau satu (individu) itu dapat dua kali, (itu) tidak boleh, kita akan tengok Persekutuan bagi ke tidak, kalau bagi kita tidak (akan) bagi," katanya.
Topic Berkaitan
#belanjawan Kedah
#bonus
#bantuan khas kewangan
#sanusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan