awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam didakwa tipu Perkeso bagi dapatkan faedah orang tanggungan

Bernama
Bernama
20/02/2024
08:20 MYT
Penjawat awam didakwa tipu Perkeso bagi dapatkan faedah orang tanggungan
Tertuduh Muhamad Rajis Muhid, 38, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan memberi butiran palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi mendapatkan Faedah Orang Tanggungan lima tahun lepas.
Tertuduh Muhamad Rajis Muhid, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Muhamad Rajis didakwa menipu Pengurus Pejabat Tempatan Perkeso Tawau Joseph Immanuel dengan memberi penyataan tidak benar di bawah Seksyen 12C (2) dan (3) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bahawa dua anaknya tinggal bersamanya di Pejabat Tempatan Perkeso Tawau pada 27 Mac 2019.
Pernyataan itu mendorong Joseph meluluskan bayaran Faedah Orang Tanggungan anak masing-masing bernilai RM9.14 sehari.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara setahun hingga maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.
Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh dikehendaki melapor diri dua bulan sekali di Pejabat SPRM dan diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Mac ini bagi pengurusan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#penjawat awam
#tipu maklumat
#Faedah Orang Tanggungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan