awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam lelaki di Kelantan wajib pakai songkok setiap Khamis

Bernama
Bernama
25/12/2019
08:16 MYT
Penjawat awam  lelaki di Kelantan wajib  pakai songkok setiap Khamis
Arahan itu melibatkan penjawat awam kerajaan negeri termasuk kakitangan pentadbiran di Kota Darul Naim dan pejabat kerajaan tempatan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Semua 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan diwajibkan memakai songkok ketika bertugas di pejabat pada setiap Khamis berkuat kuasa serta-merta .
Ketetapan itu adalah menerusi satu notis arahan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan (bilangan 11 tahun 2019) yang dikeluarkan pada 19 Disember lalu yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar.
Menurut Tengku Azmi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kali ke-23 tahun 2019 di bawah Perkara-perkara Lain (11) yang bersidang pada 6 November 2019 bersetuju dengan keputusan supaya penjawat awam lelaki di negeri Kelantan memakai songkok ketika bekerja pada setiap hari Khamis.
Beliau berkata arahan itu melibatkan penjawat awam kerajaan negeri termasuk kakitangan pentadbiran di Kota Darul Naim dan pejabat kerajaan tempatan.
Langkah ini juga adalah bersesuaian dengan slogan kerajaan Kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diwajibkan memakai songkok
#kerajaan
#kerajaan negeri Kelantan
#penjawat awam
#penjawat awam lelaki di Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan