awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2024
10:26 MYT
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). - Gambar fail
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"BKK tersebut akan dibayar pada Januari dan sebelum Aidilfitri Mac tahun 2025 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka," katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Aminuddin turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan penjawat awam di negeri ini di mana tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam berada pada tanda aras yang tinggi serta sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.
"Kejayaan kita dapat mengubah daripada belanjawan defisit kepada surplus untuk dua tahun berturut-turut, menjadi bukti kukuh bahawa tidak ada yang mustahil untuk dicapai sekiranya disokong dengan iltizam dan tekad yang jitu oleh semua penjawat awam.
"Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Pejabat Pemungut Hasil yang telah melaksanakan tugas dengan penuh integriti, dedikasi dan cemerlang sehingga membolehkan kedudukan rizab kerajaan negeri berada pada satu kedudukan yang kukuh iaitu RM726 juta sehingga tarikh 21 November 2024.
"Kutipan hasil sehingga tarikh yang sama juga telah mencapai RM505 juta ataupun 97 peratus. Berdasarkan unjuran semasa, kita amat optimis, kutipan hasil negeri akan berjaya mengatasi kutipan hasil tahun 2023, malah berkemungkinan mencipta rekod kutipan hasil tertinggi dalam sejarah pentadbiran Negeri Sembilan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Negeri Sembilan
#bonus
#terkini
#bantuan khas kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan