awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam perlu tambah baik sistem penyampaian kepada rakyat - KPPA

Bernama
Bernama
21/10/2024
14:30 MYT
Penjawat awam perlu tambah baik sistem penyampaian kepada rakyat - KPPA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kerajaan jelas tidak meminggirkan kebajikan penjawat awam apabila menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Penjawat awam diseru menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras ganjaran dan keprihatinan kerajaan terhadap mereka dalam Belanjawan 2025.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata kerajaan jelas tidak meminggirkan kebajikan penjawat awam apabila menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500.
"Semasa pembentangan belanjawan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi kita melihat bahawa kerajaan tidak pernah mengetepikan penjawat awam.
"Walaupun telah memberi pelarasan gaji, kerajaan masih lagi memberikan BKK untuk (penjawat awam) menghadapi (sesi) persekolahan dan juga (melakukan) persiapan pada hari raya," katanya kepada pemberita selepas mengetuai majlis menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bersama 75 warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) daripada pelbagai kumpulan perkhidmatan di sini hari ini.
Justeru itu, beliau meminta penjawat awam membalas keprihatinan kerajaan dengan menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Pada Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju memberikan BKK sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM250 untuk pesara yang akan disalurkan pada Februari 2025.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#sistem penyampaian
#Belanjawan 2025
#Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan