awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam rugi lebih RM80,000 diperdaya sindiket pelaburan pelancongan

Bernama
Bernama
30/07/2025
04:40 MYT
Penjawat awam rugi lebih RM80,000 diperdaya sindiket pelaburan pelancongan
Mangsa yang tertarik dengan pulangan tinggi dijanjikan telah membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM82,196 dari tempoh 10 hingga 27 Julai lepas. - Gambar hiasan
CHUKAI: Seorang penjawat awam kerugian RM82,196 selepas diperdaya sindiket pelaburan pelancongan.

Ringkasan AI
  • Seorang penjawat awam berusia 41 tahun kerugian RM82,196 selepas menyertai pelaburan pelancongan yang diperkenalkan oleh kenalan wanita dari Indonesia melalui WhatsApp.
  • Mangsa membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza antara 10 hingga 27 Julai selepas tertarik dengan janji pulangan tinggi, namun tidak menerima sebarang keuntungan.
  • Polis menasihatkan orang ramai menyemak maklumat syarikat pelaburan dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat sebarang pelaburan.Jika ada lagi berita yang perlu diringkaskan, sila hantarkan saja.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki berusia 41 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan setelah diperkenalkan oleh seorang kenalan WhatsApp wanita dari Indonesia.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan pulangan tinggi dijanjikan telah membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM82,196 dari tempoh 10 hingga 27 Julai lepas.
"Mangsa membuat laporan petang semalam selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak maklumat syarikat berkait pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan pelaburan
#penipuan online
#penjawat awam
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan