awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sarawak tidak dibenarkan sertai Bersih 4.0 - Adenan

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2015
13:01 MYT
Penjawat awam Sarawak tidak dibenarkan sertai Bersih 4.0 - Adenan
ADENAN: Penjawat awam tidak dibenarkan menyertai Bersih 4.0 kerana mereka tertakluk dalam Perintah Am.
Walaupun perhimpunan Bersih 4.0 diberi lampu hijau untuk dianjurkan di Kuching, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertainya, kata Tan Sri Adenan Satem.
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Ketua Menteri Sarawak itu menegaskan walaupun perhimpunan seumpamanya yang mengikut undang-undang merupakan hak masyarakat sivil, namun penjawat awam tidak dibenarkan menyertai Bersih 4 kerana mereka tertakluk dalam Perintah Am.
Kenyataan Adenan merujuk pada kekeliruan yang timbul daripada jawapan beliau sebelum ini tentang perhimpunan tersebut.
Di Sarawak, perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mendapat kebenaran untuk mengadakannya di padang Song Kheng Hai pada 29 Ogos.
Bagaimanapun pada masa yang sama, Adenan menasihati peserta perhimpunan agar mengekalkan cara Sarawak melaksanakan urusan iaitu segalanya perlu berjalan dengan lancar dan aman.
BACA: Empat perkara yang anda perlu tahu tentang Bersih 4
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#bersih 4
#penjawat awam
#Perintah Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan