awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam terima bayaran khas RM500 esok

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2018
07:40 MYT
Penjawat awam terima bayaran khas RM500 esok
Sebagai meringankan beban penjawat awam dalam menyediakan persiapan persekolahan anak mereka, kerajaan akan melakukan bayaran khas sebanyak RM500 esok.
Bayaran khas tersebut akan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam Kerajaan Persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.
Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung tahun bagi membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.
"Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas, Guan Eng mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sungguhpun bayaran khas tersebut yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
Topic Berkaitan
#bayaran khas
#bonus
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#persiapan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan