Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Putatan, Sabah dilarikan penjenayah awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehhudin Abd. Rahman berkata, siasatan awal mendapati, mesin ATM itu diletupkan sebelum dua buah peti besi berisi wang tunai dilarikan.

Menurut Salehhuddin, empat daripada suspek membawa keluar dua peti besi manakala seorang lagi bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah pengawal keselamatan yang bertugas.

Mereka kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Viva.

Polis percaya, kumpulan yang melakukan jenayah ini merupakan kumpulan sama yang melakukan rompakan mesin ATM di Beaufort April lalu.