awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual daging didakwa sebabkan kematian abang ipar

Bernama
Bernama
10/10/2025
07:20 MYT
Penjual daging didakwa sebabkan kematian abang ipar
Muhamad Zaid Zakaria (kiri) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian abang iparnya secara cuai di hutan Taman Pinggiran Batu Caves pada 28 September. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang penjual daging mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian abang iparnya di sebuah hutan simpan di Taman Pinggiran Batu Caves, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Penjual daging, Muhamad Zaid Zakaria, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian abang iparnya secara cuai di hutan Taman Pinggiran Batu Caves pada 28 September.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, selepas mempertimbangkan rayuan peguam mengenai tanggungan keluarga tertuduh.
  • Kes ini berkait insiden tertembak mangsa yang disangka haiwan buruan, dan mayatnya kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Semanggol, Perak; sebutan kes ditetapkan pada 18 Disember.

Muhamad Zaid Zakaria, 33, didakwa secara gopoh dan cuai menyebabkan kematian Nor Azuar Juyob, 43, di kawasan hutan Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor pada 8 malam 28 Sept.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Iqbal Azman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan hingga kes selesai.
Bagaimanapun, peguam Sukhdev Singh yang mewakili Muhamad Zaid memohon jaminan rendah atas alasan lelaki itu menanggung empat anak dan isteri yang tidak bekerja.
"Tertuduh menetap di Perak dan kakaknya hadir sebagai penjamin dan boleh memastikan kehadiran di mahkamah," katanya.
Majistret Sabreena Bakar@Bahari membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dimohon pendakwaan dan menetapkan 18 Dis untuk sebutan kes.
Sebelum ini, Bernama melaporkan empat individu ditahan kerana disyaki terlibat insiden tertembak seorang lelaki disangkakan haiwan buruan semasa berburu di Batu Caves, sebelum mayat mangsa dibawa ke Semanggol, Perak dan ditinggalkan di tepi jalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#penjual daging
#Muhamad Zaid Zakaria
#kematian abang ipar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan