awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual kuih didakwa sebabkan kematian anggota polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/04/2021
03:58 MYT
Penjual kuih didakwa sebabkan kematian anggota polis
Tertuduh, Mohd Arafat Taufik didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal Mazlan dengan memandu secara berbahaya serta menghimpit motosikal mangsa sehingga jatuh lalu menyebabkan kematiannya. - Gambar Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama, George Town pada 17 April lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Arafat Taufik, 35, didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal Mazlan, 22 , dengan memandu secara berbahaya serta menghimpit motosikal mangsa sehingga jatuh lalu menyebabkan kematiannya.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Utama, di sini antara pukul 1 hingga 2 pagi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam G. Shanmugam.
Kes akan disebut semula 23 Jun depan untuk serahan dokumen.
BACA: Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
BACA: Suspek himpit motosikal anggota polis hingga sebabkan kematian direman 7 hari
Dalam kejadian itu, Muhammad Iqbal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Utama, lalu kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan ketika mengejar suspek dari Jalan Scotland.
Kejadian berlaku sewaktu Muhammad Iqbal yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat, bersama dua lagi anggota sedang menjalankan rondaan cegah jenayah lalu terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Suspek bertindak melarikan diri dengan menunggang secara berbahaya dan menghimpit mangsa sehingga berlaku kemalangan.
Muhammad Iqbal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala suspek berjaya ditahan sejurus kemalangan berlaku.
Topic Berkaitan
#penjual kuih
#kematian anggota polis
#jalan utama
#George Town
#pulau pinang
#Mohd Arafat Taufik
#Muhammad Iqbal Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan