MALAYSIA
Penjual makanan kesihatan didakwa buat hantaran jelik berhubung siasatan GISB

Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penjual makanan kesihatan dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik berhubung siasatan pihak berkuasa terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) menerusi aplikasi YouTube miliknya, tahun lepas.
Ringkasan AI
- Seorang penjual makanan kesihatan dalam talian, Norizan Yahaya, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran jelik di YouTube berkaitan siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd.
- Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan kes pada 11 Julai 2025.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Asiah Abd Jalil memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga dan isteri yang tidak bekerja selain tiada risiko untuk melarikan diri.
"Anak guam (Norizan) saya bekerja sebagai penjual makanan kesihatan dalam talian dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan. Dia juga mempunyai lima anak dengan dua daripadanya masih belajar di universiti," katanya.
Hakim Norma Ismail membenarkan OKS diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 11 Julai ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami