KUALA LUMPUR: Keputusan penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan adalah berdasarkan penilaian komersial jangka masa panjang serta pemampatan kos untuk menjamin daya tahan dan kecemerlangan operasi serta komersial.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia sebahagian daripada usaha penilaian semula aset dan portfolio perniagaan Petronas yang dilaksanakan secara berterusan.
"Langkah-langkah ini perlu diambil bagi mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh. Dalam hal ini, bukan sahaja aset di Azerbaijan yang terlibat, malah aset-aset lain yang telah memenuhi potensinya turut diberi pertimbangan sama ada untuk dijual atau untuk dikurangan pemilikan aset.
"Keputusan yang diambil oleh Petronas juga adalah bertepatan dengan strategi kumpulan untuk memastikan portfolio huluan yang berfokus, berdaya saing dan mampan," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
BACA: Anwar bantah bahas usul Petronas jual aset di Azerbaijan di Kamar Khas
Beliau berkata demikian sebagai menjawab usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan pada 2021.
Mustapa menegaskan keputusan penjualan itu juga bukanlah atas desakan politik.
Menurutnya aset di Azerbaijan telah dikenal pasti sebagai antara aset untuk dijual sejak 2019.
Bagaimanapun, beliau berkata proses jualan adalah mengambil masa untuk memastikan harga penjualan aset dapat memberikan nilai yang wajar dan berpatutan dan hanya dapat dilaksanakan pada 2021.
"2020 adalah tahun yang amat mencabar dan penjualan aset di Azerbaijan pada tahun lepas sudah pasti tidak sesuai," katanya.
Katanya penjualan aset itu juga selari dengan strategi tiga serampang Petronas iaitu memaksimumkan penjanaan aliran tunai, mengembangkan perniagaan teras dan menceburi sektor perniagaan baharu.
Mengenai pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan Persekutuan, Mustapa berkata ia dilakukan berdasarkan penilaian yang teliti oleh lembaga pengarah syarikat dan pembayarannya adalah berdasarkan keadaan dan prestasi kewangan semasa.
"Kelulusan bayaran dividen RM18 bilion pada Feb 2021 adalah berdasarkan prestasi dan pasaran pada 2020 yang berakhir Dis 2020.
"Jumlah ini adalah lebih rendah daripada tahun sebelumnya kerana impak daripada pasaran yang amat lemah dan harga minyak mentah global yang rendah akibat pandemik COVID-19.
"Kelulusan dividen tambahan RM7 bilion yang telah dibuat pada Julai 2021 pula adalah berdasarkan kemampuan dan unjuran prestasi pasaran minyak yang lebih baik bagi 2021," tambahnya.
Selain itu, Mustapa berkata saingan pasaran di Eropah adalah sangat kompetititif dengan Rusia menguasai landskap gas di Eropah dan ini menimbulkan banyak masalah, sekali gus menjadi antara sebab Petronas telah menjual aset di Azerbaijan itu kepada syarikat Rusia.
Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, purata harga Brent adalah kira-kira US$69 setong berbanding purata US$64 setong pada 2019. Malah, ia pernah jatuh mendadak sehingga US$17.32 setong pada 21 April 2020.
Menurutnya Petronas telah meraih keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM9.3 bilion pada suku pertama 2021 berbanding RM4.5 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh pemulihan harga minyak dan gas sejak penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan pendapatan syarikat.
Katanya keuntungan bersih lebih tinggi itu juga sejajar dengan kos keseluruhan lebih rendah yang ditanggung oleh kumpulan.
"Saya ingin menegaskan realitinya Petronas mampu membayar dividen sebanyak RM25 bilion dan komited untuk terus menyumbang kepada negara dan masyarakat.
"Bagi memastikan komitmen ini tercapai, Petronas telah membuktikan kemampuan untuk menghasilkan aliran tunai yang kukuh.
"Petronas akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin masa depan Malaysia yang lebih bersih, inovatif dan kompetitif sejajar dengan aspirasi Petronas bagi misi pelepasan karbon sifar bersih 2050," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Menurut Mustapa, aset Petronas di Azerbaijan telah dikenal pasti sebagai antara aset untuk dijual sejak 2019. - Gambar fail/BERNAMA

Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

JAKIM ingatkan jangan buat sebarang andaian
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Semua pihak juga dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Xi Jinping
Usaha mengukuhkan kerjasama yang lebih komprehensif antara Malaysia dan China penting untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Malaysia memberi komitmen untuk mengutamakan China kerana hubungan rapat dan dasar Presiden China Xi Jinping yang hampir selari dengan agenda Madani. Untuk laporan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing, kita bersama Hasimi Muhamad

AB Rauf dilantik Ketua Menteri, apa jadi tumpuan utama?
Terjawab sudah..dan seperti dijangkakan. ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Bagaimanapun, pelantikan itu belum menyelesaikan beberapa perkara berbangkit mengenai pentadbiran Melaka. Ini termasuk soal pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka..senarai EXCO yang dilantik, siapa akan kekal, siapa akan gugur. Untuk mendapatkan perinciannya, saya bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.

Pelantikan dalam tempoh 48 jam
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH). Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib kehabisan 'saluran' rayuan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC Internation di peringkat mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
![[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri [INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016549/8967789641680265927226_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan Aidilfitri

Dialog Pocket Rakyat : Hutang lama, hutang baru
Pindaan Akta Insolvensi 1967 peluang kedua warga muflis? Sejauhmanakah pelepasan bankrap memupuk kesedaran literasi kewangan dan perundangan? Mampukah individu menahan nafsu daripada terjerat hutang baru? Diskusi 8:30 malam.

Musa Hassan fail tuntutan nusyuz terhadap isteri
Bagi prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Waris Kesultanan Sulu teruskan usaha rampas aset Petronas - Laporan
Artikel yang merujuk kepada laporan sumber itu juga menyatakan aset yang terlibat mungkin bernilai berbilion ringgit.

Tindakan kerajaan tangani isu rampasan dua aset Petronas dipersoal
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan kerana isu tersebut telah mencemarkan kedaulatan negara.

Penjualan aset Petronas di Azerbaijan berasaskan keputusan komersial, bukan desakan politik - Mustapa
Keputusan penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan adalah berdasarkan penilaian komersial jangka masa panjang serta pemampatan kos untuk menjamin daya tahan dan kecemerlangan operasi serta komersial.