MALAYSIA
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN mengaku tidak bersalah minta rasuah
SEREMBAN: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berkaitan kes minyak masak tanpa lesen.
Ringkasan AI
- Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta rasuah RM8,500 sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan kes minyak masak terpakai tanpa lesen pada September 2022.
- Tertuduh memohon pengurangan jaminan atas alasan digantung tugas, tiada pendapatan tetap, mempunyai enam tanggungan dan sedang menerima rawatan hospital, selain telah dituduh atas tiga pertuduhan sama di Mahkamah Shah Alam.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan termasuk melapor diri di SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport, dengan sebutan kes ditetapkan pada 27 Ogos.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri menawarkan jaminan RM8,000 berserta syarat tambahan, iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM Selangor setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi sehingga kes selesai.
Sahzul Hisam yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan telah digantung tugas dan tidak mempunyai pendapatan tetap serta mempunyai enam tanggungan selain masih menerima rawatan di hospital kerana menghidap darah tinggi.
"Pada penghujung Julai lepas juga saya telah dituduh di Mahkamah Shah Alam atas tiga pertuduhan yang sama dengan nilai jaminan untuk kesalahan itu RM9,000, jumlah terkumpul yang saya bawa hari ini hanya RM3,000 sahaja (untuk jaminan)," katanya.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami