awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
Hampir 3,000 km persegi kawasan berisiko tanah runtuh dipetakan - Arthur
Hubungan UK-AS diuji dengan krisis Greenland - Setiausaha Perdagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah belasah ibu sehingga patah gigi didakwa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/10/2022
03:50 MYT
Penoreh getah belasah ibu sehingga patah gigi didakwa
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Selasa. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan dengan sengaja memukul ibu kandungnya, 6 Oktober lalu.
Tertuduh Md Akhir Aziz, 47, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim, Noor Zaihan Mohamad Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya Rahmah Din, 68, di sebuah rumah di Kampung Perik Mukim Kurung Hitam, Padang Terap pada jam 6.30 petang 6 Oktober lalu.
BACA: Anak durjana tendang, tampar ibu hingga patah gigi
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya, Siti Nurul Suhaila Bahari menawarkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.
Hasil siasatan awal polis mendapati tertuduh bertindak menampar pipi kiri sehingga patah gigi serta menendang ibunya.
Sebutan semula kes 14 November depan.
Topic Berkaitan
#belasah ibu
#Md Akhir Aziz
#patah gigi
#ibu kandung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan