awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penoreh getah hilang hampir RM150,000 angkara 'Tuan Poo'

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
13/05/2020
04:36 MYT
Penoreh getah hilang hampir RM150,000 angkara 'Tuan Poo'
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat semakan di bank dan mendapati berlaku lima transaksi wang bermula 28 April hingga 4 Mei lalu. - Gambar hiasan
Seorang penoreh getah di sini kerugian RM141,590 apabila wang simpanan tetapnya selama beberapa tahun lesap selepas ditipu sindiket penipuan dalam talian atau Macau Scam.
Kejadian bermula pada 27 April lalu apabila mangsa lelaki yang berusia 59 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang suspek yang mendakwa kakitangan Telekom.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek mendakwa mahu memotong talian internet mangsa kerana disalahgunakan untuk tujuan judi dalam talian.
"Seterusnya panggilan disambungkan kepada pihak polis dan mangsa bercakap dengan 'Tuan Poo' sebelum suspek kedua memberitahu penoreh getah itu juga sudah disenarai hitam kerana terlibat dengan perjudian dalam talian.
"Tidak lama kemudian mangsa menerima nombor TAC yang dihantar kepadanya sebelum 'Tuan Poo' meminta nombor berkenaan kononnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
"Mangsa menyerahkan nombor TAC berkenaan kepada suspek. Namun semalam mangsa mendapati wang dalam akaunnya sebanyak RM141,590 sudah lesap dalam simpanan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat semakan di bank dan mendapati berlaku lima transaksi wang bermula 28 April hingga 4 Mei lalu.
"Mangsa ada menghubungi 'Tuan Poo' dan suspek mendakwa akan mengembalikan wang berkenaan selepas siasatan selesai namun mangsa yang mensyaki dirinya sudah ditipu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam.
"Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika disabitkan kesalahan," katanya.
Topic Berkaitan
#Internet
#judi
#Kuantan
#Macau Scam
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#penoreh getah
#scam
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan