awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2024
06:45 MYT
Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Ahmad Fadhli berkata, sebelum ini beberapa figura daripada kepimpinan PN telah disiasat berhubung isu 3R namun pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan seperti DAP. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pas mengecam tindakan DAP yang mempertahankan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkaitan kenyataan menyentuh isu pensijilan halal.
Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat pemimpin Perikatan Nasional yang sebelum ini disiasat mengenai isu 3R (agama, raja, kaum) namun mereka tidak pernah mempertahankannya secara terbuka.
“Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi disiasat berkait 3R, pemimpin PN tidak pertahankan dengan menyatakan mereka sama sekali tidak bersalah.
“Ia cukup dengan menyerahkan kepada pihak polis dan berharap siasatan dilakukan dengan adil. Ahmad Fadhli menjelaskan, mereka menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa tanpa membuat kenyataan sedemikian.
Katanya, DAP bagaimanapun yakin Teresa tidak bersalah dan menegaskan akan memberi sokongan undang-undang kepada beliau.
Kenyataan teresa pada 6 September mengenai pensijilan halal, yang mencadangkan ia bersifat sukarela, telah mencetuskan kontroversi dan mengundang beberapa laporan polis.
DAP pada Isnin memaklumkan kenyataan Teresa berhubung isu pensijilan halal sebagai mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam.
Polis telah membuka siasatan mengikut beberapa Seksyen dalam Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Topic Berkaitan
#PAS
#Ahmad Fadhli Shaari
#Teresa Kok
#isu sijil halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan