awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensijilan halal: Teresa Kok beri keterangan esok - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
09/09/2024
04:00 MYT
Pensijilan halal: Teresa Kok beri keterangan esok - Ketua Polis Negara
Razarudin berkata terdapat beberapa saksi lain, termasuk pihak JAKIM, yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan memberikan keterangan berhubung isu pensijilan halal pada pukul 10 pagi esok di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata terdapat beberapa saksi lain, termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.
"Beliau (Teresa Kok) akan dipanggil untuk memberi keterangan, dan beberapa saksi lain yang akan ditentukan kemudian juga akan dipanggil," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Razarudin berkata siasatan ke atas kenyataan Teresa Kok akan dilaksanakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan isu berkaitan raja, agama, dan kaum (3R)
Media sebelum ini melaporkan bahawa JAKIM sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Bagaimanapun, Teresa Kok dilaporkan kemudiannya menyatakan bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan seperti itu mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensijilan halal
#Teresa Kok
#Razarudin Husain
#keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan