Seorang pensyarah mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk memansuhkan kutipan tol yang sekali gus mampu mengurangkan kos harga barangan.
Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata ini kerana selain faktor inflasi, kenaikan harga barangan juga turut didorong oleh kos tol yang perlu ditanggung peniaga.
"Dengan pemansuhan tol, kos melakukan bisnes mesti menjadi rendah. Kalau tol serta minyak naik, sudah tentu peniaga akan menaikan harga barangan.
"Kalau kita mansuhkan tol, kos perniagaan, pengangkutan, logistik, bas sekolah, pelancongan boleh dikurangkan.
"Namun ini adalah cadangan sahaja," katanya pada forum 'Selepas Bajet 2018' di USIM hari ini.
Mustafa berkata beliau menjangkakan dengan penghapusan tol, ia mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat dan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sesuatu perniagaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor, mulai 1 Jan tahun depan.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan negara melaksanakan GST adalah tepat memandangkan ia lebih telus berbanding cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam menyumbang kepada pendapatan negara.
"Dahulu SST ada lima peratus, enam, tujuh, lapan, 12 peratus, memang tak telus. Kutipan SST cuma dalam RM17 bilion atau kurang dan sekarang kita bercakap kira-kira RM41 bilion kutipan GST.
"Orang ramai hanya tidak setuju dengan kadar pengecualian GST yang mengelirukan termasuk peniaga dan pihak industri. Bagi kita kadarnya perlu dikeluarkan kerana ia tidak telus. Ia juga boleh menjurus kepada manipulasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2018 mengumumkan kerajaan bersetuju memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam (gambar) dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor, mulai 1 Jan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
PIKOM gesa kerajaan tangani isu jejas pertumbuhan industri ICT
Dengan kerajaan baru mengemudi negara, penekanan dan masa perlu diberikan untuk melaksanakan inisiatif bagi pertumbuhan industri serta menawarkan pelbagai faedah untuk sektor industri lain.
Kaji semula Pangkor sebagai pulau bebas cukai - MB Perak
Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai perlu dikaji semula sebelum memutuskan sama ada ia akan dilaksanakan atau tidak.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Kad Diskaun Siswa: 3 perkara yang diinginkan mahasiswa
Berikut tiga perkara yang diinginkan mahasiswa untuk penambahbaikan kad siswa, terutamanya jika kerajaan berhasrat untuk membuka permohonan kepada pelajar baharu.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.
Pendidikan peringkat rendah dan menengah masa kini percuma - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos pendidikan di peringkat rendah dan menengah bagi ibu bapa pada masa kini adalah percuma dengan kerajaan membelanjakan purata RM8,900 bagi setiap pelajar setahun.
TVET mampu lonjak Malaysia setaraf Jerman
Kerajaan mahu perkasa pembangunan modal insan Malaysia setaraf Jerman melalui TVET
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.