awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
KLIA perkukuh peranan bendung penyeludupan hidupan liar menerusi program kesedaran barisan hadapan
PPM Langkawi patahkan cubaan seludup peranti, cecair vape ke Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah rugi RM493,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
15/01/2026
01:00 MYT
Pensyarah rugi RM493,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan saham daripada sebuah syarikat. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian, pada September tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada 16 Sept 2025, wanita berusia 39 tahun itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan saham daripada sebuah syarikat.
"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai 'C-129 WLIS AW Fans Group' dan diarahkan memuat turun satu aplikasi pelaburan menerusi pautan yang diberikan bagi tujuan membuat pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM493,600 menggunakan wang simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarganya.
"Pada 14 Jan lepas, mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM144,676 sebagai cukai pengeluaran, namun mangsa enggan berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu.
"Mangsa tidak membuat bayaran tambahan itu kerana berasa curiga sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis," katanya.
Yahaya menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berhampiran sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensyarah
#rugi
#skim pelaburan tidak wujud
#Yahaya Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan