KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah universiti awam terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan lelaki itu dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar kanabis seberat 1.27 kilogram (kg), tiga tahun lepas.
Tertuduh, T.S.Gabriel Samson, 35, turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
“Mahkamah mendapati dadah berkenaan bukan dalam milikan tertuduh seorang tetapi milik individu lain. Semasa disoal siasat saksi pendakwaan ketiga yang merupakan anggota polis, lelaki berkenaan memberitahu di mana dadah itu disimpan.
“Jika lelaki itu dipanggil (untuk memberi keterangan), dia boleh menjelaskan berkenaan isu dadah yang dijumpai kepunyaan siapa, samada tertuduh terlibat dengan pengedaran tersebut atau tidak. Saya juga mendapati lelaki itu mempunyai akses terhadap rumah tersebut kerana hanya orang yang mempunyai akses terhadap rumah dan dadah tersebut yang boleh memberitahu di mana dadah disimpan.
"Oleh itu, adalah tidak selamat bagi saya memanggil tertuduh membela diri kerana timbulnya jurang dalam kes pendakwaan. Dengan ini, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan dihadapinya,” kata hakim itu.
Gabriel didakwa mengedar 1278.61 gram kanabis di unit kondominium di Jalan Pahang, Wangsa Maju di sini pada jam 10.15 malam, 5 Feb 2021, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dia juga dituduh memiliki 3.05 gram ekstasi pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara boleh sampai lima tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala peguam Zaleha Al-Hayat dan Nur Qistina Mohd Nizam mewakili tertuduh.
Seramai enam saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 6 Nov 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Tertuduh turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama. - Gambar hiasan
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Kebanyakan peniaga bermusim tidak letak tanda harga
Peniaga bermusim yang kebanyakannya berniaga pada bulan Ramadan didapati gagal mematuhi sepenuhnya perundangan dikuatkuasakan terutama dari segi meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
Pensyarah universiti awam dilepaskan, bebas tuduhan miliki, edar 1.27kg dadah
Tertuduh turut dilepas dan dibebaskan daripada satu pertuduhan lain itu memiliki 3.05 gram ekstasi, pada tarikh, masa dan lokasi sama.