KUALA LUMPUR: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bukanlah sesuatu perkara baharu, sebaliknya, telah mula dilaksanakan sejak sepuluh tahun lepas, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin.
Menurut beliau, sejak pemansuhan UPSR dan PT3, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menumpukan kepada pemerkasaan PBS.
Mohd Radzi berkata, pemerkasaan PBS melibatkan beberapa komponen seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
“PBS telah diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu iaitu mulai tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 di peringkat sekolah menengah. Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Dalam konteks PBD, guru memantau perkembangan, kemajuan dan penguasaan setiap murid dalam proses pembelajaran mereka termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
“Dengan ini, guru boleh merancang dan mengubah suai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi membantu setiap murid meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka,” jelasnya lagi.
Mohd Radzi berkata demikian ketika menjawab soalan Natrah Ismail (PH - Sekijang) yang mahu mengetahui impak jangka panjang terhadap pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3 di sekolah rendah dan menengah.
Selain itu Natrah juga mahu perincian bagaimana pencapaian pelajar dalam akademik dapat diukur untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, atau ke kolej-kolej bagi lepasan tingkatan tiga.
Menjawab soalan itu, Mohd Radzi berkata, KPM telah memperkenalkan sistem permohonan berpusat ke sekolah khusus iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) mulai tahun 2020.
“PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid yang memohon kemasukan ke sekolah khusus iaitu sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah teknik, kolej vokasional, sekolah menengah kebangsaan agama dan Maktab Tentera Diraja.
“Pentaksiran ini merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan,” katanya lagi.
Mohd Radzi berkata, semua murid warganegara yang berdaftar dengan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid, KPM dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan atau sekolah swasta adalah layak untuk memohon kemasukan ke sekolah khusus.
“Syarat pemilihan murid ke sekolah khusus adalah melepasi syarat minimum PKSK serta aktif dalam aktiviti kokurikulum.
“Di samping itu, komponen PBD, PAJSK serta status sosial ekonomi (SES) turut digunakan dalam pemilihan murid ke sekolah khusus. PKSK juga akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Aug 01 2022
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan UPSR dan PT3 bukanlah sesuatu perkara baharu, sebaliknya, telah mula dilaksanakan sejak sepuluh tahun lepas, kata Datuk Mohd Radzi Md Jidin. - Gambar Jabatan Penerangan
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Merungkai kemelut pendidikan negara dalam konteks daya saing global
Ironinya, Malaysia masih ketinggalan dalam konteks daya saing global kerana kualiti bakat negara saban tahun semakin merosot.
PBD komponen penting bantu kembangkan prestasi murid - Radzi
Pelaporan baharu PBD bagi setiap mata pelajaran di sekolah mempunyai tiga aspek.
Pemansuhan UPSR, PT3 beri ruang pelaksaaan PBS lebih berkesan - Mohd Radzi
Pemansuhan UPSR dan PT3 dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan.
PBS gilap potensi akademik, kokurikulum pelajar secara seimbang - LPM
Dr Rahimah Adam berkata hal ini kerana PBS menilai aspek intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir
Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dinilai hanya 40 peratus dari segi akademik.
PIBGN cadangkan PBS dan peperiksaan serentak untuk semua peringkat
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sepatutnya dilaksanakan serentak dengak peperiksaan nasional di semua peringkat sekolah.
UNDIAN: Adakah tindakan menghentikan buat sementara PBS wajar?
Undian: Adakah tindakan kerajaan menghentikan buat sementara PBS wajar?
Tangguh dulu pelaksanaan PBS
Angkatan Belia Islam Malaysia meminta pelaksanaan PBS ditangguhkan sehingga satu kajian dan persiapan lengkap dibuat terlebih dahulu.
ABIM mahu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditangguh
Angkatan Belia Islam Malaysia anggap PBS adalah satu lonjakan besar dalam sistem pendidikan negara.