awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas - Pakar

Bernama
Bernama
11/09/2023
21:30 MYT
Penubuhan Pusat Geriatrik bina sistem kesihatan mesra warga emas - Pakar
Malaysia dijangka beralih ke status negara tua dalam tempoh dua dekad lagi apabila penduduk berusia 65 tahun dan ke atas mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Geriatrik amat penting dalam membina sistem kesihatan berkualiti yang mesra warga emas, menurut Pensyarah Perubatan Psikiatri, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Dr A'isyah Che Rahimi.
Beliau berkata isu terbesar bagi sesebuah negara menua adalah fasiliti yang menyokong keperluan penjagaan kesihatan yang holistik kepada warga tua merangkumi kesihatan fizikal, mental, sosial dan spiritual.
"Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan inisiatif untuk meningkatkan bilangan jururawat khusus dalam gerontologi. Jadi, penubuhan pusat geriatrik ini menunjukkan kerajaan serius untuk membina sistem kesihatan yang mesra terhadap warga tua," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Beliau berkata berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara pada 2030.
Justeru, katanya Malaysia perlu bersedia dalam pelbagai aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.
Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata penubuhan Pusat Geriatrik amat perlu dalam masa terdekat ini dalam mempersiapkan negara menghadapi cabaran sebagai negara tua.
Menurutnya selain fasiliti, kerajaan juga perlu bersedia dari segi kemudahan perkhidmatan, pakar kesihatan dan pegawai kesihatan terlatih dalam bidang gerontologi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.
Kerajaan juga menurut Anwar sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan dalam menghadapi cabaran dan dampak negara menua yang akan memberi kesan kepada sosioekonomi dan kedudukan fiskal negara.
Menurut beliau Malaysia telah beralih ke status negara menua pada 2021 apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas mencapai tujuh peratus daripada jumlah populasi serta dijangka beralih ke status negara tua dalam tempoh dua dekad lagi, apabila kohort umur yang sama mencapai 14 peratus daripada jumlah populasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#negara tua
#gerontologi
#Pusat Geriatrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan