awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan Syarikat Penerbangan Butik tidak berpaksi kepada keuntungan

Azizah Alwi
Azizah Alwi
27/11/2022
21:40 MYT
Penubuhan Syarikat Penerbangan Butik tidak berpaksi kepada keuntungan
Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Amal DUBS di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK). - Astro AWANI
KUCHING: Syarikat Penerbangan Butik Sarawak tidak bermotifkan kepada keuntungan semata-mata sebaliknya ia sebagai akses perkhidmatan untuk membawa pelabur dan pengunjung untuk masuk ke Sarawak.
Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Syarikat Penerbangan Butik dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak itu mempunyai model perniagaan yang unik tanpa meniru model Malaysia Airlines (MAS) mahupun Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia.
“Syarikat penerbangan tersebut mereka mahukan keuntungan tetapi kita tidak. Asalkan kita boleh pulang modal,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Amal DUBS di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) pada Ahad malam.
Tambah Abang Johari, Sarawak kini merupakan salah satu destinasi pelancongan perubatan utama dan penubuhan syarikat penerbangan butik itu akan membantu membawa lebih ramai pelawat yang memerlukan akses perkhidmatan penerbangan dari Hong Kong, Bali, Singapura, Bangkok, Japan dan India di mana penerbangan tersebut mengambil masa selama 6 jam untuk tiba di Sarawak.
“Ada yang bertanya kepada saya mengapa kita perlu bina syarikat penerbangan, pada hemat saya ianya merupakan infrastruktur utama yang kita patut bina seperti jalan raya.
“Kita bina jalan raya kita tidak soal mengapa kita bina jalan raya tersebut tetapi kita cakap berkenaan dengan manfaat yang diperolehi disebabkan oleh akses tersebut.
“Sama juga dengan Syarikat Penerbangan Butik ini. Jadi model perniagaan dan ekonomi kita amat berlainan sedikit,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Butik Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#keuntungan
#destinasi pelancongan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan