SHAH ALAM:Selangor akan menjalankan saringan terhadap semua petugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dalam masa terdekat, susulan peningkatan kes positif COVID-19 di kemudahan kesihatan itu sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu, antaranya melaksanakan ujian saringan bersasar bagi mengurangkan risiko penularan pandemik tersebut di hospital berkenaan.
"Saya sedang berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berhubung kaedah ujian saringan yang akan dilaksanakan kepada petugas HTAR.
"Kita akan buat saringan bagi semua pekerja (di HTAR) kerana mereka berdepan risiko (penularan COVID-19) yang besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Setakat semalam, terdapat 143 kes positif melibatkan 62 kakitangan kesihatan dan 81 pesakit di HTAR Klang, manakala di Hospital Serdang merekodkan 65 kes melibatkan 37 kakitangan dan 28 pesakit.
BACA: JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
BACA: Jumlah kes positif COVID-19 di Hospital Serdang, HTAR Klang meningkat
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata sebarang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang peningkatan kes COVID-19 di Selangor, akan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya sesuatu kawasan mencatat jumlah kes positif COVID-19, yang tinggi seperti yang berlaku di daerah Klang.
Jelasnya, walaupun daerah Klang mencatatkan kes positif COVID-19 setiap hari, namun peningkatan tersebut adalah susulan keputusan kerajaan, mewajibkan saringan pekerja kilang khususnya warga asing dalam kawasan zon merah.
"Walaupun kes meningkat, tetapi ia masih dalam kawalan kerana kita mewajibkan pekerja kilang (warga asing) buat saringan dan dibayar oleh pengusaha kilang. Ini pengajaran yang paling penting selepas insiden kluster Teratai," katanya.
Menurut Amirudin, beliau juga akan menghadiri mesyuarat bersama MKN minggu ini dan akan mengusulkan beberapa strategi baharu, bagi mengawal penularan COVID-19 di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu termasuk melakukan saringan bersasar. -Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata projek itu adalah satu daripada inisiatif Bitara MADANI yang dipacu oleh pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyat.
Beberapa kakitangan, pesakit hospital Klang dijangkiti COVID-19
Beberapa kakitangan dan pesakit Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini mencetuskan kebimbangan kewujudan 'kluster baharu' di hospital itu.
Dakwaan lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang palsu - KKM
Video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
Kenderaan bawa 29 kadet PALAPES, tiga pegawai TUDM kemalangan
Markas Tentera Udara mengesahkan 29 pegawai kadet PALAPES Udara dan tiga orang jurulatih telah terlibat dalam satu insiden kemalangan di Bukit Jugra, Selangor.