Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, tegas Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal.
Ketika ini juga, kata Dr Mahathir, tiada apa yang boleh dijangka mengenai wabak berkenaan memandangkan banyak negara lain juga menghadapi masalah yang sama.
"Kita harus menilai bila masa yang sesuai untuk isytihar ianya sebagai kritikal.
Tetapi pada ketika ini, ia masih belum kritikal sehingga ke tahap kita perlu hentikan pelancongan sebagai contoh.
"Tetapi kita akan terus periksa pelancong, jika ada sebarang tanda mereka dijangkiti, kita terus kuarantin,” tegas Perdana Menteri lagi.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini hari ini.
BACA: Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri
Menurut Dr Mahathir, kepantasan manusia bergerak menyebabkan kawalan sepenuhnya ke atas pelancong asing sukar dilakukan buat masa ini.
Namun, beliau berkata, rakyat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka terutama sekali ketika berada dalam kelompok manusia yang besar.
Perdana Menteri juga menjelaskan Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menghantar kembali pelancong China kembali ke negara asal mereka, terutama sekali empat pesakit yang sah hidap koronavirus kerana ia akan memberi risiko kepada mereka yang berhampiran.
“Anda boleh hantar mereka pulang ke China, tetapi sewaktu proses itu, berkemungkinan besar akan berlaku kontak antara mereka dan orang sekeliling.
"Jadi lebih baik kuarantin dahulu, sehingga mereka benar-benar bebas dari virus itu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jan 26 2020
Dr Mahathir berkata, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal - Tun M
Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Perdana Menteri.