WASHINGTON: Penulis Amerika Syarikat (AS) Marianne Williamson pada Khamis mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden AS pada 2024.

Williamson berkata dalam temu bual dengan Perkhidmatan Berita Medill bahawa beliau akan bertanding atas tiket Demokrat, lapor Agensi Anadolu.

Penulis itu dijangka mengumumkan pencalonannya secara rasmi pada 4 Mac.

-- BERNAMA