awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang dakwa Rayani Air beri cek tendang

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
05/07/2016
13:42 MYT
Penumpang dakwa Rayani Air beri cek tendang
Wakil mereka, Nik Azida Nik Mahmood (tudung hijau) berkata, mereka masing-masing telah menerima cek yang bertarikh 30 Jun untuk ditunaikan, namun hampa apabila pihak bank memulangkan semula cek berkenaan. - Foto fail
Sekumpulan 40 wakil penumpang yang sebelum ini tampil meminta wang tambang yang gagal dikembalikan Rayani Air sebelum ini, mendakwa menerima cek tendang dari syarikat penerbangan itu.
Wakil mereka, Nik Azida Nik Mahmood berkata, mereka masing-masing telah menerima cek yang bertarikh 30 Jun untuk ditunaikan, namun hampa apabila pihak bank memulangkan semula cek berkenaan.
“Selepas mendesak syarikat Rayani Air memulangkan wang tambang kami semula pada 24 Mei lalu, pihak syarikat telah memberi masing-masing satu cek yang hanya boleh ditunaikan pada 30 Jun.
“Apabila tarikh itu tiba, kami masing-masing pergi ke bank, tetapi malangnya pihak bank menghubungi semula dan mengatakan bahawa cek berkenaan tidak boleh digunakan,” jelas Nik Azida ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Sehubungan itu, beliau telah bertindak membuat laporan polis pada 2 Julai lalu berkenaan cek tendang tersebut.
Beliau yang mewakili mangsa-mangsa lain berharap agar pihak Rayani Air dapat memulangkan wang mereka secepat mungkin.
Kumpulan ini mewakili 200 penumpang yang didakwa tertipu di seluruh negara melibatkan nilai tuntutan lebih RM150,000.
Pada 10 April lalu, Rayani Air menerusi laman Facebooknya yang berjanji akan membayar semula wang tambang penumpang dalam tempoh tujuh hingga 15 hari, kemudian melanjutkannya kepada 30 hari.
Topic Berkaitan
#Nik Azida Nik Mahmood
#Rayani Air
#wang kembali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan