PUTRAJAYA: Penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan domestik dan antarabangsa pada musim puncak perjalanan dan tempoh perayaan ini disarankan supaya tiba awal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas.
Nasihat perjalanan yang dikeluarkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memaklumkan musim cuti kebiasaannya menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penumpang dan tiba awal di lapangan terbang akan membolehkan penumpang melepasi proses pendaftaran, pemeriksaan keselamatan dan pelepasan dengan kelewatan minimum.
Menurut kenyataan itu, Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing sebanyak 79,200 orang dan 66,400 orang hingga akhir tahun.
Menurut MAHB ketika ini KLIA Terminal 1 sedang dalam proses menaik taraf sistem pengendalian bagasi iaitu sebahagian daripada program penggantian bagi meningkatkan kecekapan operasinya.
"Naik taraf ini merupakan inisiatif penting untuk mengekalkan dan menambah baik keseluruhan infrastruktur lapangan terbang dan kerja-kerja berterusan ini mungkin menyebabkan masa lebih lama diperlukan untuk urusan pemprosesan di pelbagai tempat di dalam lapangan terbang," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu penumpang digalakkan untuk bekerjasama dengan petugas lapangan terbang dan syarikat penerbangan sepanjang tempoh berkenaan selain memberi lebih masa untuk menampung kelewatan yang tidak dijangka.
"Malaysia Airports amat menghargai timbang rasa dan kesabaran semua penumpang kerana kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan ini bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan cekap pada jangka masa panjang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Menurut MAHB, Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA menjangkakan purata pergerakan penumpang masing-masing sebanyak 79,200 orang dan 66,400 orang hingga akhir tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.
Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri
Persediaan untuk menampung 110.67 juta orang yang dijangka melakukan perjalanan semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
AirAsia X catat peningkatan penumpang 34 peratus kepada 1.08 juta pada suku ketiga 2024
Prestasi tersebut dicapai apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi sepanjang tahun lepas.
MAHB catat 12 juta penumpang pada Ogos 2024
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan sebanyak 12 juta penumpang melibatkan rangkaian lapangan terbangnya pada Ogos 2024.
Perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi
Kereta api pertama berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada Sabtu.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.