awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penumpang ETS kecewa, KTMB didakwa tidak tepati janji

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2016
04:51 MYT
Penumpang ETS kecewa, KTMB didakwa tidak tepati janji
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Ipoh ke Kampar yang masih tergendala setakat pagi ini dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya petang ini. - Foto Astro AWANI
Penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di sini, kecewa kerana pengendali perkhidmatan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menepati janji, biarpun sebelum ini memberi jaminan laluan itu akan beroperasi seperti biasa bermula 5 pagi hari ini.
Sebaliknya, penumpang mendakwa mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan bas transit dari Stesen Ipoh ke Kampar sebelum ke Selatan.
Perubahan laluan ini menurut pengguna, menyebabkan masa perjalanan mereka bertambah dari dua jam kepada tiga jam, dan sekaligus menjejaskan perancangan mereka.
Perubahan laluan menyebabkan masa perjalanan mereka bertambah dari dua jam kepada tiga jam, dan sekaligus menjejaskan perancangan mereka. - Foto Astro AWANI
Perubahan laluan menyebabkan masa perjalanan mereka bertambah dari dua jam kepada tiga jam, dan sekaligus menjejaskan perancangan mereka.- Foto Astro AWANI
Salah seorang penumpang, Nor Nadiah Zaini, 22, menegaskan dia keliru kerana terpaksa menukar kaedah pengangkutan di saat-saat akhir.
"Biasanya saya dah rancang sebaiknya, sebaliknya semalam saya dimaklumkan kemungkinan penumpang perlu menaiki bas ke Kampar dan seterusnya ke Kuala Lumpur, perubahan ini memeningkan, sebab selalunya mudah tren sampai ke Kuala Lumpur Sentral," kata Nadiah.
Bapa seorang penumpang pula menyifatkan perubahan berikut menyebabkan risiko kepada anaknya.
"Anak saya perempuan, susah tukar-tukar ni, kita dah beli tiket, terpaksa juga ikut," kata Osman Yahaya.
Ada pengguna yang menegaskan dia keliru kerana terpaksa menukar kaedah pengangkutan di saat-saat akhir. - Foto Astro AWANI
Ada pengguna yang menegaskan dia keliru kerana terpaksa menukar kaedah pengangkutan di saat-saat akhir. - Foto Astro AWANI
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat KTMB Ridhwan Arshad ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir tersebut mengalami kelewatan disebabkan masalah teknikal berkaitan trek, signal dan eletrik laluan berkenaan ekoran keadaan cuaca.
Walaubagaimanapun, beliau berkata kesemua masalah tersebut sudah berjaya diatasi dan dijangkakan perkhidmatan ETS untuk laluan Ipoh - Kampar akan bersambung seperti biasa pada petang Ahad.
Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, dua lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.
Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak mengalami kegelinciran.
Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#ETS
#Kampar
#KTMB
#Kuang
#Selangor
#tren kargo tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan