Seorang penumpang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong di sini hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira 8 pagi.

Difahamkan Prasarana Berhad akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan hari ini.

Stesen LRT Pusat Bandar Puchong mula beroperasi sejak 31 Mac 2016.

-- BERNAMA