awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang basikal perlu patuhi garis panduan ketika di jalan raya

Bernama
Bernama
20/02/2017
23:08 MYT
Penunggang basikal perlu patuhi garis panduan ketika di jalan raya
Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan serta peraturan jalan raya. - Gambar hiasan
Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan serta peraturan jalan raya bagi menggelak berulangnya tragedi sekumpulan remaja maut dirempuh kereta di Johor Bahru, Sabtu lepas.
Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata kesedaran tersebut penting ketika sukan itu kini kian diminati pelbagai peringkat umur di Kelantan hingga banyak kelab ditubuhkan.
"Mereka perlu sentiasa mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini,pada Isnin.
Beliau mengulas kejadian lapan remaja lelaki maut apabila mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, ketika berbasikal pada pukul 3 pagi.
Dr Mohd Fared berkata bagi mengelakkan tragedi itu berlaku di Kelantan, kerajaan negeri wajar menyediakan lokasi khusus untuk orang ramai berbasikal bagi menggelakkan jalan raya utama digunakan untuk aktiviti riadah secara berkumpulan.
"Tidak adil sekiranya aktiviti berbasikal dihukum kerana ia turut menyumbang kepada langkah mengatasi golongan belia daripada melakukan aktiviti tidak sihat seperti lumba haram motosikal dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal
#Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani
#PBNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan