NATIONAL
Penunggang maut, motosikal tercampak ke dalam sungai

Lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang sebelum motosikalnya turut terhumban ke dalam sungai berdekatan. - Gambar/ Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 24.1, Jalan Johor Bahru - Pontian di sini, pagi Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari belakang di Jalan Johor Bahru - Pontian pada pagi Ahad.
- Akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke jalan raya manakala motosikalnya terjatuh ke dalam sungai. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis menyeru saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Trafik Daerah Iskandar Puteri.
Kumarasan berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala motosikalnya tercampak ke dalam sungai berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” tambahnya.
Menurut Kumarasan, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu dan berbahaya.
Polis turut menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami