awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal dinasihat pilih kawasan selamat jika berteduh bawah jambatan - Polis

Bernama
Bernama
08/03/2022
06:18 MYT
Penunggang motosikal dinasihat pilih kawasan selamat jika berteduh bawah jambatan - Polis
Penunggang motosikal perlu mengelak daripada duduk di atas motosikal dan tidak berada berhampiran dengan jalan raya semasa berteduh untuk elak risiko. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penunggang motosikal yang berteduh di bawah jambatan semasa hujan, supaya mencari kawasan selamat dan berdiri di bahagian dalam besi penghadang bagi mengelak risiko terdedah kepada kemalangan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata, penunggang motosikal perlu mengelak daripada duduk di atas motosikal dan tidak berada berhampiran dengan jalan raya.
Beliau berkata semalam kumpulan penunggang motosikal yang berteduh di bawah jambatan semasa hujan dirempuh sebuah lori dipercayai hilang kawalan di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), dekat Sungai Petani, Kedah.
"Dalam kejadian itu, dua penunggang motosikal meninggal dunia dan tujuh lagi mengalami kecederaan manakala pemandu lori ditahan dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, PDRM menggesa semua pengguna jalan raya agar prihatin terhadap penunggang motosikal dan berwaspada ketika memandu semasa hujan kerana jarak penglihatan terhad, selain keadaan permukaan jalan basah serta licin yang boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#berteduh
#bawah jambatan
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan